宿舍食堂荣获教育署“最佳宿舍厨房”奖 @ 波中饮食环境再获肯定

在本次卫生考核中,波德申中华中学宿舍食堂荣获波德申县卫生局颁发的 “最佳宿舍厨房”奖状!这一殊荣不仅体现了卫生局对我校宿舍食堂管理水平与卫生标准的高度认可,更是对全体工作人员辛勤付出的最佳肯定。

宿舍生活离不开一日三餐,干净整洁的用餐环境更是保障同学们健康的关键。一直以来,宿舍食堂坚持“高标准、严要求”,从食品安全到环境卫生,从餐饮品质到服务秩序,都力求做到尽善尽美,为广大师生提供放心、舒心的就餐体验。

此次获奖,离不开食堂管理层的用心经营和全体工作人员的默默耕耘。他们日复一日坚守岗位,用实际行动守护学生的饮食健康。

这份荣誉既是鼓励,也是动力。宿舍食堂将继续保持良好传统,不断提升服务水平和管理品质,为师生营造更加优质的就餐环境。

恭喜宿舍食堂!期待未来再创佳绩,为校园生活增添更多温暖与保障。

Dewan Makan Asrama SEKOLAH MENENGAH CHUNG HUA P.D Terima Anugerah “Dapur Asrama Terbaik” daripada Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson

Dalam penilaian kebersihan kali ini, Dewan Makan Asrama Sekolah Menengah Chung Hua Port Dickson telah menerima Sijil Anugerah “Dapur Asrama Terbaik” daripada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson!

Pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan keyakinan pihak pendidikan terhadap tahap pengurusan serta piawaian kebersihan dewan makan sekolah, malah menjadi satu penghargaan atas usaha gigih seluruh kakitangan.

Kehidupan asrama tidak dapat dipisahkan daripada tiga hidangan harian. Persekitaran makan yang bersih dan teratur merupakan kunci kepada penjagaan kesihatan para pelajar. Selama ini, dewan makan asrama sentiasa berpegang pada prinsip “standard tinggi, disiplin ketat”, memastikan keselamatan makanan, kebersihan persekitaran dan kelancaran perkhidmatan demi menyediakan pengalaman makan yang selesa dan meyakinkan kepada semua warga sekolah.

Pencapaian ini tidak akan dapat diraih tanpa pengurusan yang teliti serta dedikasi seluruh kakitangan dewan makan, yang saban hari bekerja keras demi memastikan kesejahteraan pelajar terpelihara.

Anugerah ini bukan sahaja sebagai galakan, tetapi juga sebagai dorongan untuk terus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengurusan. Dewan makan asrama sekolah akan terus komited menyediakan persekitaran makan yang lebih baik dan berkualiti pada masa hadapan.

Tahniah kepada Dewan Makan Asrama sekolah atas kejayaan ini! Semoga terus mencipta lebih banyak kejayaan demi kesejahteraan warga sekolah.