PPD Port Dickson Puji Persembahan Gendang 24 Musim Sekolah Menengah Chung Hua Port Dickson Sempena Sambutan Hari Kebangsaan
Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson, En. Khairul Anuar, telah berkunjung khas ke Sekolah Menengah Chung Hua Port Dickson (SMCHPD) untuk menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Pasukan Gendang 24 Musim SMPC atas persembahan gemilang mereka sempena acara sambutan Hari Kebangsaan anjuran Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson baru-baru ini.
Dentuman gendang yang padu dan persembahan yang seragam telah memukau para tetamu yang hadir. Ramai tetamu berasa kagum dan bertanya dari sekolah manakah kumpulan gendang tersebut. Pihak pegawai turut menyatakan bahawa sekolah akan terus dijemput menyertai majlis rasmi pada masa akan datang.
Pengetua sekolah, Encik Chong Joon Kin, melahirkan rasa gembira kerana usaha para pelajar mendapat pengiktirafan masyarakat. Beliau juga berharap pada masa hadapan kumpulan tarian, tarian singa, diabolo, pancaragam dan orkestra Cina sekolah turut diberi peluang oleh kerajaan tempatan untuk mempersembahkan bakat mereka dalam acara rasmi.
Para pelajar turut menyatakan rasa bangga kerana berpeluang menyumbang bakti melalui persembahan rasmi, dan berazam untuk terus berusaha mengharumkan nama sekolah serta memberi sumbangan kepada komuniti.